Make your own free website on Tripod.com

BERITA ATUR JILID 3, 1997.

 

SIDANG PENGARANG

PENGARANG

HAIRUDDIN KAMAI

PEMBANTU TERBITAN KHAS

PUAN FAUZIAH BTE MOHD AMIN

Sidang Pengarang "BERITA ATUR" menjemput semua ahli-ahli dan keluarga untuk menyampaikan apa-apa jua bentuk bahan berita, rencana, penulisan ilmiah dan sebagainya (termasuk gambar) yang sesuai untuk dimuatkan didalam ‘BERITA ATUR’. Sesungguhnya sumbangan anda semua untuk manfaat kita bersama. Oleh yang demikian kerjasama dan pandangan dari ahli-ahli yang lain amat di alu-alukan.:

Alamatkan karya anda kepada:

Pengarang

Kelab ATUR

d/a Bahagian Gaji UTM

Karung Berkunci 791,

80990, Johor Bahru.

Atau talipon terus : 5502275

 

DARI MEJA PENGARANG

Alhamdulillah…Berkat kesabaran serta masa yang agak terhad, akhirnya ‘BERITA ATUR JILID 3’ ini dapat diterbitkan juga. Pihak sidang pengarang rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1997, Selamat Berpuasa dan seterusnya Selamat Menyambut Hari Rayakepada semua ahli-ahli ATUR dan rakan-rakan sepemancing. Harapan agar 1997 turut menjadi tahun kegemilangan kepada ahli-ahlinya dan kejayaan bagi Kelab ATUR sendiri.

Bagi ‘BERITA ATUR JILID 3’ ini, pihak Sidang Pengarang turut mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli ATUR didalam penerbitan baik dari segi penulisan mahupun pendapat dikalangan ahli didalam Kelab ini. Tahun 1996 telah melabuhkan tirainya namun sesungguhnya tahun tersebut boleh dianggap tahun kejayaan Kelab ATUR terutama didalam beberapa pertandingan yang disertainya

Akhirkata agar saudara-saudara akan terus memberi komitmen sepenuhnya kepada Kelab ATUR ini demi nama baik ahli-ahlinya dan UTM amnya.

Terima Kasih.

 

DARI MEJA PENASIHAT

(Oleh: Hj. Baharuddin Md. Jani)

Buat rakan-rakan semua…berdebar-debar hati ini bila diarahkan membuat ‘sepatah dua kata’ untuk keluaran ‘BERITA ATUR JILID 3’ ini, maklumlah sudah lama tinggalkan alam persekolahan tiba-tiba kena buat ‘karangan’ semula. Namun demi kebaikan rakan-rakan semua saya ‘yakin boleh’!!

Saya turut rasa berbangga diatas penubuhan Kelan ATUR yang masuk tahun Ke 2, sekurang-kurangnya masyarakat UTM sudah mengetahui ada sebuah kelab yang aktif di UTM ini. Tugas selaku penasihat Kelab tertumpu kepada pembacaan air pasang/surut, tempat memancing disamping nasihat kepada ahli-ahli kebaikan/keburukan semasa aktiviti memancing. Alhamdulillah…ahli-ahli ATUR kini masing-masing sudah mampu berdiri sendiri. Nasihat penting saya yang utama ‘selesaikan masalah keluarga/peribadi sebelum pergi memancing..biar hati tenang bila memancing, bila cuaca tidak mengizinkan ..fikirlah baik.buruknya’. Pada Kelab ATUR apa yang saya harapkan agar keahlian kelab ini dibuka kepada masyarakat UTM yang lain tapi buat masa ini biarlah dulu kerana bila ramai ahli tentu lagi banyak karenahnya,..so kita pun baru bertapak..Insya-allah dimasa akan datang kita fikirkan semula.

Sekian, Terima Kasih.

 

BIODATA

Nama :Roslan Bin Ramli

Alamat :No. 76, Jalan Batai 5,

Taman Sri Pulai,

Johor Bahru.

Perkataan ‘memancing’ boleh dianggap ‘berhantu’ dalam diri saya. Hobi ini sememang manjadi minat saya dari kecil selain sukan badminton. Bila mendengar kawan-kawan pergi memancing tangan akan terasa amat gatal dan jiwa sungguh memberontak kerana tidak dapat turut serta. Oleh itu saya sanggup mengambil ‘cuti kecemasan’ semata-mata memenuhi ‘nafsu’ memancing saya. Bagi saya hobi memancing ini yang paling syok bila lihat ikan/udang sedang meragut umpan dan keasyikkan melawan kekuatan menarik ikan/udang. Pengalaman manis bila dapat turut serta didalam XPDC memancing bersama rakan-rakan dan berjaya menarik naik ikan yang bersaiz besar seperti pari 10 kilo di Sg. Johor. Pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan ialah menolak sampan tersekat dilumpur sejauh 50 meter dari jeti kerana air surut. Disinilah segala keringat terpaksa dikeluarkan untuk mengharungi lumpur separas paha. (Menangis bini- jika pengalaman ini di videokan) Harapan kepada Kelab ATUR agar mengkhaskan ‘tabung kebajikan’ untuk ahli-ahli seperti menerima cahayamata, perkahwinan dan lain-lain. Berceita tentang hari-hari tua, ..cita-cita memang besar, bebenornya ingin membuka kolam memancing disamping menjual alat-alat memancing. Insyaallah akan saya usahakan dan jika dipanjangkan umur.

 

SUDUT WAK HERMAN

Emm…. BERITA ATUR Jilid 1, Wak cerita pasal ikan., Jilid 2 Wak sembang pasal udang, dan untuk kali ini Wak hendak cerita pasal nama-nama ikan, maksud Wak ikan air tawar. Wak tau setakat Ikan Haruan, Keli, Belida, Puyu siapa tak kenal tapi disini Wak cuma hendak bagitau nama saintifik ikan-ikan tersebut. Berhati-hati menyebutnya takut nanti tergigit lidah. Wak mulakan dengan ikan…..

1. Haruan, Toman : Channa Striatus (Block)

2. Baung : Mystus Nemurus

3. Sebarau : Hampala Macrolepido (Van Hasset)

4. Puyu : Anabas Testdineus

5. Patin : Pangasius (Hamilton)

6. Kelisa : Scleropages Formosus.

7. Keli : Clarias Batrachus (Linnacis)

8. Kelah : Tor Tambrioides

9. Kalui : Osphronemus Goramy,

10. Belida : Notopterus (Pallas)

Wak rasa cukup setakat ini dulu…Wak sendiri pun sukar menyebutnya tapi sesungguhnya ini sekadar pengetahuan am buat kita smeua. Hingga ketemu lagi dikeluaran akan datang. Tima Kacihhhh.

 

SUDUT KESIHATAN

(Sengatan Ikan)

Bila disebut saja ikan yang ada sengat, sebahagian dari kita akan terbayang beberapa jenis ikan seperti Ikan Sembilang, Duri, Keli yang mempunyai sengat bisa disisipnya. Sengatan terjadi apabila memegang ikan yang sedang mengelepar dan ianya menimbulkan kesakitan yang amat sangat berserta bengkak.

Rawatan: Rawatan awal amat perlu. Rawatan melibatkan pengeluaran sengat yang terbenam dikulit dan tempat luka digalakkan ditekan sehingga berdarah beberapa ketika untuk mengeluarkan bisa. Selepas itu luka itu dibalut dan dibelat untuk keselesaan pesakit. Jika ada membawa ubatan sapukan (contoh minyak gamat) pada luka tersebut. Jika kesakitan berlanjutan sila ke klinik berhampiran.

 

SUDUT TAHUKAH ANDA?

(PULAU MERABONG)

Lokasi : Dari Pekan Pendas (Seafood Belia) perjalanan menaiki bot berkuasa 30 kuda mengambil masa 20 minit. Bersempadan dengan Singapura.

Umpan : Umpun-umpun dan Ruat Bakau.

Masalah : Kalau hendak pergi kena naik sampan besar sebab air sentiasa beralun besar kerana kapal-kapal besar sering lalu lalang. Mendarat saja dipulau, nampak banyak kubur dan batu nisan lama. (Cerita orang disitu banyak harta karun tersimpan)

Tangkapan : Ikan Pari dan Ikan Merah.

Kos : RM 30.00 – RM 50.00

 

SUDUT KETAHUILAH..

(Udang Galah)

Nama Inggeris : Gaint Malaysian Freshwater Prawn.

Nama Saintifik : Macrobrachium Rosenbergii (De man)

Udang galah boleh didapati dengan banyaknya dinegara Indo-Pasifik termasuk India, Thailand, Filipina,Singapura,Indonesia,Australia Utara & Malaysia.

Udang Galah bersifat Omnivor (memakan serba serbi) bahan makanan boleh didapati pada dasar sungai/kolam dimana ia mencari makanan dengan cara sentuhan sepitnya. Ia akan bersifat "pemangsa sejenis" apabila bersalin kulit. Udang galah boleh membiak didalam keadaan terkurung. Seekor Udang galah dewasa yang matang boleh menjejaki usia 6 – 7 bulan dan harganya boleh melebihi RM 30.00 sekilo. Dua (2) lokasi Udang Galah terbaik ialah di Kota Tinggi dan Sedeli.

 

SAJAK

(..Buat teman yang belum memperolehinya)

Siakap

Tahukah engkau sayang

Betapa remuknya hatiku ini

Memperoleh memandang

Tapi tidak dapat menawannya.

Siakap oh! Siakap

Tahukah engkau sayang

Bahwa hati pemancing itu hati penyabar

Panas terik siang, pekat dingin malam

Mencari, bukan untuk memperoleh

Tapi untuk mempunyai…

"Siakap" memanggilku dengan gema suaranya

Ku sahut sepenuhnya jiwa demi kebiruan laut

Sebelum kembali, takjub menuju pantai

Namun yang ku perolehi..kekecewaan…..