PETUA MABUK LAUT
( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya
sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi
terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut.
Memancing sahaja di sungai dan tasik anda pasti tidak mabuk)
- Ini rasional mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan
fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang
telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain
melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
- Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut.
Boleh diminum hingga sendawa dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh
menahan tekak dari merasa loya.
- Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi
mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar
semula.
- OREN SUNKIST
juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut
ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren
berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan
jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
- Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit
getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
- Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab,
titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
- Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang
kita memancing.
- Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut
terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
- Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya
bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"