Make your own free website on Tripod.com

LUBUK IKAN

 

 

Lubuk serta Lokasi terbaik untuk aktiviti pancing laut yang dianggap dapat memberi pulangan dan kepuasan kepada anda dalam aktiviti memancing.

NEGERI

LOKASI

Johor

Pulau Pemanggil, Aur dan Tinggi, & Pisang.

Selangor

Pulau Angsa, Ketam, Indah & Sungai Besar.

Perak

Pulau Sembilan, Pangkor & Jarak.

Pahang

Nenasi & Merchong

Kedah

Tukun Perak & Gugusan Pulau sekitar Langkawi.

Pulau Pinang

Tukun Karang Taiwan, Jepun & Kendi.

Kelantan

Teluk Bali.

Terengganu

Pulau Kapas, Redang, Perhentian & Bidung.

Didalam Aktiviti Memancing Kelab ATUR turut mempunyai lubuk-lubuk yang sering menjadi pilihan didalam melabuhkan joran. Lubuk-lubuk ini sering menjadi tumpuan setiap hujang minggu atau hari-hari kelepasan am. Lubuk Pilihan Utama didalam memancing ikan ialah:

 

  1. Sungai Redan, Ulu Tiram. (yg. turut dikenali juga sebagai Air Putih).
  2. Lubuk ini dianggap yang terbaik didalam pancing ikan laut kerana berhampiran dengan laut lepas serta mempunyai banyak anak-anak sungai. Kemudahan sewa sampan turut disediakan di jeti dengan bayaran RM 15.00 – RM 20.00 tanpa engin. Jika ingin menyewa engin kadar yang dikenakan pula antara RM 50.00 – RM 70.00. Sungainya yang luas dan dalam serta banyak terdapat batu karang telah menjadikan lubuk ini sebagai tempat permainan ikan. Anak-anak sungainya juga mempunyai potensi didalam pemburuan ikan-ikan yang berjenama.Disini juga akan terdapat aksi-aksi yang mendebarkan seperti pertarungan dengan ikan-ikan besar. Rekod ahli ATUR setakat ini ialah Ikan Pari 10 kilo dan Siakap 5 kilo, namun purata berat ikan disini dinaikkan mempunyai berat timbangan antara 1 kilo – 3 kilo. Ahli ahli ATUR mempunyai prinsip memancingnya sendiri ‘ikan-ikan yang sedap dijadikan hidangan adalah ikan-ikan yang bersize begini’. Apalah ertinya ikan yang besar-besar sehingga mencapai berat melebihi 40 kilo sedangkan rasanya sukar dinikmati. Mungkin ada yang berkata yang penting ‘permainan’ dengan ikan adalah kemuncaknya tapi Kelab ATUR turut mengambil kira masa, wang dan tenaga yang dikeluarkan, tentunya ingin membawa pulang hasil yang memuaskan. Disini masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri, yang pasti air laut tetap ada pasang surutnya.Umpan Utama adalah Udang Hidup, Tamban dan Perumpun. Antara ikan-ikan yang terdapat disini ialah Ikan Kerapu, Siakap, Senangin, Tebal Pipi, Pari, Jenahak, Tetanda…dan seterusnya diikuti oleh Ikan Sembilang.

  3. Perigi Acheh , Sungai Kim-Kim (Pasir Gudang)
  4. Disini padang pancingnya agak terhad namun adakalanya memberi pulang agak memuaskan tapi jarang berlaku. Disini jugalah terletak sampan milik Kelab ATUR sampan fiber 16 kaki. Tempat ini menjadi pilihan kiranya mendapat kesukaran bagi menyewa sampan di Sungai Redan, Ulu Tiram. Lubuknya yang terhad adakalanya menamatkan aktiviti memancingnya agak awal sebab antara lainnya ialah sungainya yang kecil dan apabila air surut akan menghadapi kesukaran untuk mendarat. Sukar mendapat ikan yang melebihi 2 kilo tapi seperti yang dinyatakan diatas, ia tetap menjadi pilihan utama untuk hidangan seisi keluarga. Ikan yang menjadi penguni tetap sungai ini kebiasaannya ialah Tetanda, Gerut-Gerut, Daun Baru dan jika diberi rezeki Ikan Siakap dan Kerapu mampu dinaikkan. Namun yang pasti Ikan Sembilang (Gemang) mudah diperolehi disini. Umpan Utama ialah Perumpun dan Wat-Wat Bakau.

  5. Lubuk-Lubuk Ikan yang lain adalah seperti :
  1. Pulau Pisang, Pontian
  2. Tg. Sedeli, Kota Tinggi
  3. Tebing Runtuh, Gelang Patah.
  4. Lembaga Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.
  5. Kong Kong , Masai.

 

LUBUK UDANG GALAHudangjtn.gif (39510 bytes)

Kebiasaan aktiviti memancing Udang adalah aktiviti bermusim disebabkan faktor cuaca/musim dan kesukaran memperolehi sampan. Ahli Kelab ATUR telah mengenal pasti 3 lubuk terbaik dalam memancing Udang Galah yang mana bila tiba musimnya hasil yang dibawa pulang agak lumayan. Lubuk Pilihan Utama ialah:-

  1. Sungai Mawai, Kota Tinggi.
  2. Adakalanya kami terpaksa datang awal (tengah malam) semata-mata untuk membuat tempahan sampan atau sehari sebelum datang memancing. Tempat ini boleh dikatakan pilihan Utama pemancing-pemancing udang bagi kawasan Johor Selatan. Tumpuan kerana rasa dan daya henjutannya amat baik serta bersize besar. Disini pilihan Umpannya ialah Cacing Tanah, Wat-Wat, Anak Ikan Gapi, Anak Udang dan Sotong (yg dihiris halus).

  3. Batu 18, Jalan Mersing.
  4. Kg. Durian Belukar, Sedeli.

 

Kepada pemancing-pemancing dijemput mencuba dilubuk-lubuk yang telah saya nyatakan diatas, Insya-allah anda pasti berpuas hati. Jika perlukan keterangan lanjut e-mail pada saya. Bagi memancing ikan-ikan sungai seperti Haruan, Bujuk, Tilapia lubuknya adalah dikawasan sekitar tempat tinggal kami.

 

 

LUBUK (DARI PENGALAMAN XPDC KELAB ATUR)

KUALA LEMAKOH:

Pengenalan; Lubuk ini adalah diluar Sempadan Taman Negara Endau-Rompin (Johor). Untuk sampai kesitu, kita harus melalui Bandar Kluang dan seterusnya melintasi Pekan Kahang.Jika kita dari pantai timur pula kita akan melalui Bandar Mersing dan melalui Bandar Jemaluang. "Papan Tanda" Endau Rompin jelas kelihatan kira-kira 8 kilometer dari Pekan Kahang, dipapan tanda itu tercatit jalan masuknya adalah sejauh 56 kilometer. Jalannya bertanah merah dan bermasalah kiranya hari hujan kerana becak dan agak licin, oleh itu haruslah berhati-hati adakalanya kita terpaksa melalui jalan balak. Lebih 20 kilometer dikiri kanan jalan ini ditanam dengan kelapa sawit (umpan boleh dikutip disini) dan selebihnya adalah laluan hutan rimba. Najis ‘orang kuat’ (gajah) banyak terdapat dikiri kanan jalan tersebut. Kita akan memerlukan masa 2.30 – 3.00 jam perjalanan (dengan van) untuk sampai ke Kg. Peta. (Perkampungan Orang Asli & Dari Kg. Peta kita juga boleh membuat pilihan untuk masuk ke Taman Negara, Pahang) .

Dari Kg. Peta kita terpaksa menyewa sampan dan guide (juru iring) bagi sepanjang kita berxpdc, dengan kadar yang berpatutan. Sampan panjang yang boleh memuatkan 10 orang serta sampan kecil untuk 4 orang boleh menjadi pilihan kita, dengan engin bot antara 15 -40 kuasa kuda. Sepanjang laluan ke Kuala Lemakoh kita akan melalui banyak lubuk-lubuk yang menarik disamping permandangan yang begitu mengasyikkan. Jika air sungai tinggi perjalanan kesitu hanya mengambil masa antara 45 – 1 jam perjalanan tapi kiranya air cetek perjalanan memakan masa antara 1.15 – 1.30 jam.

Lokasi: Sebaik kita menjejaki kaki di Kuala Lemakoh kita akan dapat saksikan sendiri tebingnya yang berpasir putih. Tebingnya betul-betul berhadapan Sg. Lemakoh yang bertemu dengan Sg. Endau. Panjang tebingnya hampir 400 meter dan meninggi 50 meter ke arah hutan rimba. Tapak Perkhemahan biasanya akan didirikan ditengah-tangah tebing ini kerana jika berhampiran tebing bahaya utamanya ialah ‘kepala air’ dari hulu sungai. Oleh itu dinasihatkan anda membuat tanda (spt. menggunakan kayu) pada tebing bagi menentukan paras air untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Didepan tapak perkhemahan Kuala Lemakoh adalah salah satu lubuk yang baik terutama bagi Ikan Kelah, Baung mahupun Lampam Sungai. Lubuk lain yang berhampiran Kuala Lemakoh yang begitu berpotensi ialah seperti Lubuk Ceruk, Pusing atau pun Batu Gajah. Pelbagai spesis boleh didapati disini, antaranya Kelah, Sebarau, Toman, Toman Bunga, Kalui, Tapah dan juga Kelisa. Cerita sebenarnya Kuala Lemakoh pada hari-hari tertentu adalah kawasan lepak, mandian atau minuman bagi binatang buas dan laluan mereka untuk ke hutan seberang. Oleh itu untuk keselamatan pastikan senjata seperti Parang sentiasa berada disisi. Pastikan pertuturan dijaga dari takbur.

Umpan: (sila rujuk menu utama: Bah. Umpan) Umpan terbaik bagi Ikan Kelah dan anak-anak ikan sungai ialah kelapa sawit. Perut Ayam boleh digunakan untuk Baung. Ulat Sagu ayau Anak Ikan bagi memperdayakan ikan seperti Toman, Kalui, Tapah mahupun Kelisa, utamakan pancingan dasar. Sebarau dengan menggunakan Gewang terutama di laluan air yang deras. Tips bagi pemancing ialah membuat umpan ‘pemanggil’ seperti kelapa sawit busuk atau ubi kayu yang direndam tidak jauh dari tempat kita memancing. Cacing tanah dan Cengkrik juga adalah umpan yang turut memberi pulangan yang baik.

 

HULU ROMPIN (Batu 112, Jalan Segamat – Kuantan)

Pengenalan: Lokasi padang pancing ini terletak diantara gugusan Felda Keratong dan sebahagian Hutan Simpan Negeri Pahang. Dari Segamat anda harus memerhatikan dengan batu tanda 112, kerana jalan masuknya berhadapan dengan batu tanda tersebut. Jalan masuknya mungkin agak terlindung kerana terdapat bukit batu kelikil, dari situ jarak ke lokasi hampir 2 kilometer dan diantaranya melalui jalan balak. Setiba ditebing sungai ini anda boleh membuat 2 pilihan sama ada ingin membuat tapak perkhemahan disitu atau menyewa rumah rakit yang terletak ditengah sungai. (Hubungi: Pak Manaf dari Keratong 1) Memandangkan ia berhampiran dengan hutan rimba, kemunculan kumpulan Gajah dan bunyi mengaum Sang Belang sekali sekala akan kedengaran.

Lokasi: Rumah rakit boleh memuatkan antara 10 – 18 orang dan anda boleh memancing dari rumah rakit tersebut kerana kedalaman airnya melebihi 20 kaki. Sungai dikawasan ini agak lebar dan dalam, serta menjadi tumpuan segelitar penduduk orang asli dan penduduk Felda sekitarnya. Masalah Utama yang dikenal pasti disini ialah kiranya anda datang melebihi 10 orang masalah pengangkutan air (sampan) mungkin sedikit sebanyak menimbulkan masalah kerana sampan-sampan disini lebih kepada ‘hak persendirian’. Oleh itu seperti yang anda sedia maklum, pandai-pandailah memujuk agar anda dapat menyewa sampan mereka. (Pada XPDC Kelab ATUR, kami membawa 2 buah sampan dari Johor dan menyewa 4 sampan dari pemilik sampan disitu) Sungai itu juga difahamkan terdapat banyak Sang Bedal oleh itu seringlah berhati-hati. Hasil terbanyak disungai ini ialah Udang Galah dan Ikan Lias. Apabila musim panas hasil udang begitu baik boleh diperolehi di sini.

Umpan: Hasil yang paling banyak diperolehi disini adalah Udang Galah dan Ikan Baung. Namun terdapat juga ikan-ikan lain seperti Sebarau,Kalui, Lampam Sungai dan Tapah. Pelbagai umpan digunakan namun Cacing Tanah adalah pilihan utama disini. Ikan Baung pula mudah diperolehi dengan cara ‘menajo’ dan size nya agak besar antara 1 – 3 kilo dengan berumpankan anak ikan. Jika anda pertama kali kesitu kenalah berhati-hati kerana tidak semua lubuk boleh dilabuhkan joran, ini adalah nasihat dari Pak Manaf kerana terdapat banyak Sang Bedal. Kami tidak bermaksud menakutkan anda tapi sebagai sebahagian kaki-kaki pancing, nasihat menasihati amat penting antara kita. Namun seperti yang kita dilakukan dimana-mana padang pancing, mulut jangan celupar dan ingatkan allah dimana jua anda berada. Insya-allah anda akan selamat.

 

HULU LEMAKOH (Hutan Simpan)

Pengenalan: Lubuk terbaik bagi mereka yang ingin mencari ‘lesen’ Ikan Kelah. Kalau kita ingin ke Kuala Lemakoh kita boleh kesana dengan menaiki 4x4 atau Van, tapi di Hulu Lemakoh kenderaan yang boleh membawa kita kesana ialah dengan menaiki Motorsikal sahaja. Perjalanan ke Hulu Lemakoh sama arah masuknya dari Papan Tanda Endau-Rompin berhampiran Pekan Kahang , dari situ kita akan melalui Pos Kawalan Sg. Emas dan seterusnya kita akan menjumpai tapak kongsi balak yang telah ditinggalkan. Di tapak balak ini kita akan dapat melihat satu anak sungai selebar longkang saja, tapi sebenarnya ia adalah Anak Sungai Lemakoh, yang pasti tidak ramai menduga bahawa anak sungai sebesar lonkang ini semakin membesar di Hulu nya dan menyimpan stok Ikan Kelah yang banyak. Perjalanan dengan motorsikal dari pintu masuk Endau-Rompin memakan masa antara 1.45 – 2.15 jam.( 18 kilometer lagi ke Kg. Peta). Dari tapak balak itu kita akan menyusur pinggir bukit dan seterusnya memasuki hutan yang agak tebal. Sampai satu ketika kita terpaksa melalui satu anak bukit yang meninggi hampir 90 darjah. Disini kemahiran anda mengawal motorsikal dari jatuh kebawah amat dititik beratkan, oleh itu semangat kerjasama antara rakan-rakan begitu penting. Selepas itu anda terpaksa meninggalkan motorsikal kerana jalan kearah Anak Sg. itu terhalang oleh semak samun dan batang-batang balak yang tumbang. Seterusnya kita akan ‘tracking’ untuk sampai ketempat yang dituju. Kepada anda yang membenci sejenis ulat yang dikenali sebagai ‘pacat’, disini anda akan nampak bagaimana ‘ia’ menyambut kedatangan anda secara beramai-ramai. (Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai – Sahut cabaran ini)

LOKASI: Masa yang diperlukan untuk ‘tracking’ adalah antara 15 – 20 minit. Segala penat lelah yang diharungi akan terubat sebaik saja anda tiba ditebing sungai tersebut. Panoramanya yang indah jauh dari pencemaran dan kami diberitahu oleh pasukan perhilitan bahawa tempat ini ibarat ‘mini zoo’ pada satu-satu ketika dan amat jarang dimasuki oleh pemancing kerana tidak semua tahu arah memasukinya. Sungainya tidaklah besar sangat tapi terdapat juga 4 atau 5 lubuk yang agak dalam. Disamping itu terdapat satu air terjun dikawasan berhampiran, kerana kejernihan airnya, anda akan dapat menyaksikan sendiri betapa banyaknya anak-anak Ikan Kelah disitu. 80% ikan-ikan disini ialah Kelah. Namun size yang besar adalah antara 1 – 1 1/2 kilo sahaja. Dalam XPDC kami, yang dikenal pasti menghuni anak sungai itu hanyalah Ikan Kelah, Lampam, Baung dan Udang Galah. Peringatan disini ialah jika anda cuba menjejaki sesuatu lubuk pastikan berteman dan bersenjata disisi, maklumlah hutan tebal. (Jangan kesini jika musim hujan)

UMPAN: Disini hanya 4 jenis umpan yang dikenal pasti menjadi rebutan ikan-ikan dikawasan tersebut, iaitu Kelapa Sawit, Cacing Tanah, Cengkerik dan Anak Udang Kolam. Disebabkan sungainya yang kecil, anda juga boleh memancing dengan menggunakan batang buluh atau dahan-dahan pokok sahaja. Usah terkejut ikan yang tersangkut dimata kail anda ialah Ikan Kelah. Disini juga anda tidak perlu menggunakan ‘umpan pemanggil’ kerana airnya cetek dan berarus lesu. Mata kail yang terbaik ialah Mata Kail Udang No:10 – 15.

 

TASIK KENYIR (Sg. Trenggan & Sg. Cacing)

Tasik yang dianggap sebagai ‘syurga’ bagi pemancing baik dari dalam atau luar negara. Lubuk ini rasanya tidak perlu diperkenalkan secara terperinci kerana cerita-cerita mengenai tasik ini sering dimuatkan didalam akhbar mahupun majalah. Salah satu tasik terbesar di Asia Tenggara dengan keindahan serta khazanah hasil ikannya yang tiada tolok bandingnya. Buatlah perancangan, simpanlah duit dan mohon cuti untuk kesana terutama ke lubuk Sg. Cacing dan Sg. Trenggan.