Make your own free website on Tripod.com

LUBUK (DARI PENGALAMAN XPDC KELAB ATUR)

KUALA LEMAKOH:

Pengenalan; Lubuk ini adalah diluar Sempadan Taman Negara Endau-Rompin (Johor). Untuk sampai kesitu, kita harus melalui Bandar Kluang dan seterusnya melintasi Pekan Kahang.Jika kita dari pantai timur pula kita akan melalui Bandar Mersing dan melalui Bandar Jemaluang. "Papan Tanda" Endau Rompin jelas kelihatan kira-kira 8 kilometer dari Pekan Kahang, dipapan tanda itu tercatit jalan masuknya adalah sejauh 56 kilometer. Jalannya bertanah merah dan bermasalah kiranya hari hujan kerana becak dan agak licin, oleh itu haruslah berhati-hati adakalanya kita terpaksa melalui jalan balak. Lebih 20 kilometer dikiri kanan jalan ini ditanam dengan kelapa sawit (umpan boleh dikutip disini) dan selebihnya adalah laluan hutan rimba. Najis ‘orang kuat’ (gajah) banyak terdapat dikiri kanan jalan tersebut. Kita akan memerlukan masa 2.30 – 3.00 jam perjalanan (dengan van) untuk sampai ke Kg. Peta. (Perkampungan Orang Asli & Dari Kg. Peta kita juga boleh membuat pilihan untuk masuk ke Taman Negara, Pahang) .

Dari Kg. Peta kita terpaksa menyewa sampan dan guide (juru iring) bagi sepanjang kita berxpdc, dengan kadar yang berpatutan. Sampan panjang yang boleh memuatkan 10 orang serta sampan kecil untuk 4 orang boleh menjadi pilihan kita, dengan engin bot antara 15 -40 kuasa kuda. Sepanjang laluan ke Kuala Lemakoh kita akan melalui banyak lubuk-lubuk yang menarik disamping permandangan yang begitu mengasyikkan. Jika air sungai tinggi perjalanan kesitu hanya mengambil masa antara 45 – 1 jam perjalanan tapi kiranya air cetek perjalanan memakan masa antara 1.15 – 1.30 jam.

Lokasi: Sebaik kita menjejaki kaki di Kuala Lemakoh kita akan dapat saksikan sendiri tebingnya yang berpasir putih. Tebingnya betul-betul berhadapan Sg. Lemakoh yang bertemu dengan Sg. Endau. Panjang tebingnya hampir 400 meter dan meninggi 50 meter ke arah hutan rimba. Tapak Perkhemahan biasanya akan didirikan ditengah-tangah tebing ini kerana jika berhampiran tebing bahaya utamanya ialah ‘kepala air’ dari hulu sungai. Oleh itu dinasihatkan anda membuat tanda (spt. menggunakan kayu) pada tebing bagi menentukan paras air untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Didepan tapak perkhemahan Kuala Lemakoh adalah salah satu lubuk yang baik terutama bagi Ikan Kelah, Baung mahupun Lampam Sungai. Lubuk lain yang berhampiran Kuala Lemakoh yang begitu berpotensi ialah seperti Lubuk Ceruk, Pusing atau pun Batu Gajah. Pelbagai spesis boleh didapati disini, antaranya Kelah, Sebarau, Toman, Toman Bunga, Kalui, Tapah dan juga Kelisa. Cerita sebenarnya Kuala Lemakoh pada hari-hari tertentu adalah kawasan lepak, mandian atau minuman bagi binatang buas dan laluan mereka untuk ke hutan seberang. Oleh itu untuk keselamatan pastikan senjata seperti Parang sentiasa berada disisi. Pastikan pertuturan dijaga dari takbur.

Umpan: (sila rujuk menu utama: Bah. Umpan) Umpan terbaik bagi Ikan Kelah dan anak-anak ikan sungai ialah kelapa sawit. Perut Ayam boleh digunakan untuk Baung. Ulat Sagu ayau Anak Ikan bagi memperdayakan ikan seperti Toman, Kalui, Tapah mahupun Kelisa, utamakan pancingan dasar. Sebarau dengan menggunakan Gewang terutama di laluan air yang deras. Tips bagi pemancing ialah membuat umpan ‘pemanggil’ seperti kelapa sawit busuk atau ubi kayu yang direndam tidak jauh dari tempat kita memancing. Cacing tanah dan Cengkrik juga adalah umpan yang turut memberi pulangan yang baik.

 

HULU ROMPIN (Batu 112, Jalan Segamat – Kuantan)

Pengenalan: Lokasi padang pancing ini terletak diantara gugusan Felda Keratong dan sebahagian Hutan Simpan Negeri Pahang. Dari Segamat anda harus memerhatikan dengan batu tanda 112, kerana jalan masuknya berhadapan dengan batu tanda tersebut. Jalan masuknya mungkin agak terlindung kerana terdapat bukit batu kelikil, dari situ jarak ke lokasi hampir 2 kilometer dan diantaranya melalui jalan balak. Setiba ditebing sungai ini anda boleh membuat 2 pilihan sama ada ingin membuat tapak perkhemahan disitu atau menyewa rumah rakit yang terletak ditengah sungai. (Hubungi: Pak Manaf dari Keratong 1) Memandangkan ia berhampiran dengan hutan rimba, kemunculan kumpulan Gajah dan bunyi mengaum Sang Belang sekali sekala akan kedengaran.

Lokasi: Rumah rakit boleh memuatkan antara 10 – 18 orang dan anda boleh memancing dari rumah rakit tersebut kerana kedalaman airnya melebihi 20 kaki. Sungai dikawasan ini agak lebar dan dalam, serta menjadi tumpuan segelitar penduduk orang asli dan penduduk Felda sekitarnya. Masalah Utama yang dikenal pasti disini ialah kiranya anda datang melebihi 10 orang masalah pengangkutan air (sampan) mungkin sedikit sebanyak menimbulkan masalah kerana sampan-sampan disini lebih kepada ‘hak persendirian’. Oleh itu seperti yang anda sedia maklum, pandai-pandailah memujuk agar anda dapat menyewa sampan mereka. (Pada XPDC Kelab ATUR, kami membawa 2 buah sampan dari Johor dan menyewa 4 sampan dari pemilik sampan disitu) Sungai itu juga difahamkan terdapat banyak Sang Bedal oleh itu seringlah berhati-hati. Hasil terbanyak disungai ini ialah Udang Galah dan Ikan Lias. Apabila musim panas hasil udang begitu baik boleh diperolehi di sini.

Umpan: Hasil yang paling banyak diperolehi disini adalah Udang Galah dan Ikan Baung. Namun terdapat juga ikan-ikan lain seperti Sebarau,Kalui, Lampam Sungai dan Tapah. Pelbagai umpan digunakan namun Cacing Tanah adalah pilihan utama disini. Ikan Baung pula mudah diperolehi dengan cara ‘menajo’ dan size nya agak besar antara 1 – 3 kilo dengan berumpankan anak ikan. Jika anda pertama kali kesitu kenalah berhati-hati kerana tidak semua lubuk boleh dilabuhkan joran, ini adalah nasihat dari Pak Manaf kerana terdapat banyak Sang Bedal. Kami tidak bermaksud menakutkan anda tapi sebagai sebahagian kaki-kaki pancing, nasihat menasihati amat penting antara kita. Namun seperti yang kita dilakukan dimana-mana padang pancing, mulut jangan celupar dan ingatkan allah dimana jua anda berada. Insya-allah anda akan selamat.