Make your own free website on Tripod.com

HULU LEMAKOH (Hutan Simpan)

Pengenalan: Lubuk terbaik bagi mereka yang ingin mencari ‘lesen’ Ikan Kelah. Kalau kita ingin ke Kuala Lemakoh kita boleh kesana dengan menaiki 4x4 atau Van, tapi di Hulu Lemakoh kenderaan yang boleh membawa kita kesana ialah dengan menaiki Motorsikal sahaja. Perjalanan ke Hulu Lemakoh sama arah masuknya dari Papan Tanda Endau-Rompin berhampiran Pekan Kahang , dari situ kita akan melalui Pos Kawalan Sg. Emas dan seterusnya kita akan menjumpai tapak kongsi balak yang telah ditinggalkan. Di tapak balak ini kita akan dapat melihat satu anak sungai selebar longkang saja, tapi sebenarnya ia adalah Anak Sungai Lemakoh, yang pasti tidak ramai menduga bahawa anak sungai sebesar lonkang ini semakin membesar di Hulu nya dan menyimpan stok Ikan Kelah yang banyak. Perjalanan dengan motorsikal dari pintu masuk Endau-Rompin memakan masa antara 1.45 – 2.15 jam.( 18 kilometer lagi ke Kg. Peta). Dari tapak balak itu kita akan menyusur pinggir bukit dan seterusnya memasuki hutan yang agak tebal. Sampai satu ketika kita terpaksa melalui satu anak bukit yang meninggi hampir 90 darjah. Disini kemahiran anda mengawal motorsikal dari jatuh kebawah amat dititik beratkan, oleh itu semangat kerjasama antara rakan-rakan begitu penting. Selepas itu anda terpaksa meninggalkan motorsikal kerana jalan kearah Anak Sg. itu terhalang oleh semak samun dan batang-batang balak yang tumbang. Seterusnya kita akan ‘tracking’ untuk sampai ketempat yang dituju. Kepada anda yang membenci sejenis ulat yang dikenali sebagai ‘pacat’, disini anda akan nampak bagaimana ‘ia’ menyambut kedatangan anda secara beramai-ramai. (Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai – Sahut cabaran ini)

LOKASI: Masa yang diperlukan untuk ‘tracking’ adalah antara 15 – 20 minit. Segala penat lelah yang diharungi akan terubat sebaik saja anda tiba ditebing sungai tersebut. Panoramanya yang indah jauh dari pencemaran dan kami diberitahu oleh pasukan perhilitan bahawa tempat ini ibarat ‘mini zoo’ pada satu-satu ketika dan amat jarang dimasuki oleh pemancing kerana tidak semua tahu arah memasukinya. Sungainya tidaklah besar sangat tapi terdapat juga 4 atau 5 lubuk yang agak dalam. Disamping itu terdapat satu air terjun dikawasan berhampiran, kerana kejernihan airnya, anda akan dapat menyaksikan sendiri betapa banyaknya anak-anak Ikan Kelah disitu. 80% ikan-ikan disini ialah Kelah. Namun size yang besar adalah antara 1 – 1 1/2 kilo sahaja. Dalam XPDC kami, yang dikenal pasti menghuni anak sungai itu hanyalah Ikan Kelah, Lampam, Baung dan Udang Galah. Peringatan disini ialah jika anda cuba menjejaki sesuatu lubuk pastikan berteman dan bersenjata disisi, maklumlah hutan tebal. (Jangan kesini jika musim hujan)

UMPAN: Disini hanya 4 jenis umpan yang dikenal pasti menjadi rebutan ikan-ikan dikawasan tersebut, iaitu Kelapa Sawit, Cacing Tanah, Cengkerik dan Anak Udang Kolam. Disebabkan sungainya yang kecil, anda juga boleh memancing dengan menggunakan batang buluh atau dahan-dahan pokok sahaja. Usah terkejut ikan yang tersangkut dimata kail anda ialah Ikan Kelah. Disini juga anda tidak perlu menggunakan ‘umpan pemanggil’ kerana airnya cetek dan berarus lesu. Mata kail yang terbaik ialah Mata Kail Udang No:10 – 15.

 

TASIK KENYIR (Sg. Trenggan & Sg. Cacing)

Tasik yang dianggap sebagai ‘syurga’ bagi pemancing baik dari dalam atau luar negara. Lubuk ini rasanya tidak perlu diperkenalkan secara terperinci kerana cerita-cerita mengenai tasik ini sering dimuatkan didalam akhbar mahupun majalah. Salah satu tasik terbesar di Asia Tenggara dengan keindahan serta khazanah hasil ikannya yang tiada tolok bandingnya. Buatlah perancangan, simpanlah duit dan mohon cuti untuk kesana terutama ke lubuk Sg. Cacing dan Sg. Trenggan.