Contoh Surat Pekeliling / Makluman Kelab
A. Contoh Surat Jemputan Mesyuarat XPDC
Kepada:
Semua Ahli-Ahli,
Kelab Memancing ATUR,
Tarikh:
Asalamualaikum w.b.t.,
Saudara,
Per: Mesyuarat XPDC
Merujuk kepada perkara diatas, sukacita dimaklumkan satu mesyuarat akan diadakan seperti dibawah:-
Tarikh:
Masa:
Tempat:
Ajenda: i. Kata-kata Aluan Penyelaras Kelab
ii.Perbincangan XPDC spt. Perlantikan AJK dan Persiapan.
iii. Perkara-perkara berbangkit.
Oleh yang demikian semua ahli dikehendaki menghadirkan diri demi melancarkan mesyuarat.
Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.
Yang Benar,
(Setiausaha Kelab)
B. Contoh Surat Mohon Tajaan
Alamat Penaja Tarikh:
Asalamualaikum.,
Saudara,
Per: Permohonan Sumbangan XPDC di
Pada(tarikh/bulan/tahun)
Merujuk kepada perkara diatas, besarlah harapan saya dapat kiranya pihak tuan memberi sumbangan bagi menampung perbelanjaan Kelab ini dalam XPDC yang akan diadakan seperti tarikh diatas. Apa juga bentuk sumbangan dari pihak tuan bolehlah di salurkan terus diatas nama BENDAHARI KELAB ATUR
Kerjasama serta sumbangan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Wasallam.
BERKHIDMAT UNTUK KELAB
yang benar,
(Bendahari Kelab ATUR)
C. Contoh Pekeliling Keputusan Mesyuarat XPDC
(Contoh XPDC Bt. 18, Jalan Mersing)
a. Tempat : Batu 18, Jalan Mersing
b. Tarikh : 2 3 Okt 1999
c. Masa : Pergi 5.00 pagi 2/10/99 Balik 6.00 petang 3/10/99
Yuran XPDC hendaklah dikenakan sedikit dari ahli-ahli kerana tidak digalakkan menggunakan 100% dari tabung Kelab. Yuran RM 20.00 sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan XPDC.
(Menu: sarapan pagi, makan t/hari serta malam)
Antara bahan penting: Berasa, gula, minyak masak. Sardin, kopi dll.
Yang Berusaha,
(Setiausaha Kelab)
=
D. Contoh Surat Pembentangan Kewangan/Perbelanjaan XPDC
Sewa Sampan 7 buah ( RM 15 X 7 ) : RM 105.00 X 2 hari = RM 210.00
Minyak Van / Kereta (RM 35 X 3) = RM 105.00
Minyak Bot = RM 40.00
Makanan / Peralatan = RM 120.00
Pelbagai (*) = RM 100.00
=========== RM 575.00 =========== Wang Pelbagai(*) turut meliputi makan / minum semasa perjalanan dan menampung kekurangan pada perbelanjaan lain. Baki lebih akan dimasukkan kembali ke Akaun Kelab semula.
Diluluskan Oleh,
(Bendahari Kelab)
E. Contoh Surat Peralatan Persendirian XPDC
Barangan Persendirian Perlu Dibawa Semasa XPDC
Tandakan ( X ) Untuk Kepastian
1. Peralatan Memancing Yang Lengkap ( )
2. Pakaian Secukupnya / Mudah Kering ( )
3. Stokin Panjang ( )
4. Kain Pelekat ( )
5. Uncang Ikan / Udang ( )
6. Wisel ( )
7. Lampu Suluh ( )
8. Ubat Ubatan ( )
9. Mandian Tuala, Berus Gigi dll ( )
10.Jam Tangan ( )
11.Parang ( )
12.Baju Hujan ( )
13.Topi ( )
14.Rokok ( )
15.Bekas Air & Makanan serta Beg Kecil XPDC ( )
16.Pinggan,Cawan & Sudu ( )