Make your own free website on Tripod.com

Pengenalan

 

Salam Pengenalan….buat pelawat yang sudi menjenguk laman web Kelab ATUR ini. Laman ni bebenornye untuk kaki kaki pancing tapi yang bukang kaki pong boleh nengok gak , tak salah ..tak kena tangkapnye. Mula-mula laman ni di bina sekadar untuk suka suka aje, namun maklum balas yang di terima telah ‘memaksa’ aku menjadikan ia lebih special. Ditokok tambah lak hobi ini boleh dianggap sejenis sukan bahkan tak malu aku cakap ia ibarat terapi kepada tekanan perasaan, bosan, keluh kesah dan sebagainya.( betui ke?) Dalam pada tu ucapan terima kasih sekali..dua kali dan juta-juta kali kepada Sdr.Helmi(Norza Iskandar Helmi Abdullah) (Pereka Web) yang sudi menjadi big bos laman ni kerana tanpa dia mungkin kami masih ‘pi mai pi mai tang tu’. ....tapi sayang big boss kami telah berpindah kerja ke Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn(KUiTTHO)...Parit Raja...Batu Pahat..on 5/09/2000.Well...Syabas..kami ucapkan....kalau nak berkenalan boleh pi ke www.kuittho.edu.my/pkew ....Buat masa ni gambor-gambor manyak tentang tangkapan ikang ikang air tawar, tapa gambar ikang ikang air masin termasuk ikang masin akan dimasukkan tak lamo lagi..so..tumgguuuuuuuu. Kepada kaki-kai pancing dan kelab-kelab mancing yang sudi berkongsi maklumat sila lah e-mail pada diri kuuu. Nasihat pada semua kaki-kaki pancing jadilah pemancing yang bertanggung jawab dan sentiasa fleksibel didalam apa jua tindakan….

…tima kacihhhh.

p/s: sabar..edisi baru akan terbit tak lama lagi............. update :15/7/2001