Make your own free website on Tripod.com

SEMBANG-SEMBANG

O.K…..kali ini kita ditemukan lagi didalam sudut yang lebih menjurus kepada bersembang-sembang atau pun pendapat anda didalam topik terutama tentang ‘memancing’. Selain dari kita sembang-sembang, diharap kita juga dapat bertukar maklumat demi kebaikan bersama disamping memajukan lagi sukan memancing. Apa jua pendapat mahupun cerita menarik dari anda..sila e-mail kepada kami. Kerjasama dari anda didahului dengan ucapan terima kasih.

  1. ANTARA CINTA DAN MEMANCING (PEMANCING)’
  2. Perkataan ‘cinta’ dan ‘memancing’ adalah 2 perkataan yang berlainan bunyinya, tapi jika di halusi istilahnya sebenarnya tidak banyak perbezaannya malahan lebih banyak persamaannya. Disini saya cuba memberi serba sedikit istilah persamaan terhadap antara ‘cinta’ dan ‘memancing’. Kata orang (bukan saya yang kata)..tidak kenal maka tidak cinta..Bagi mereka yang baru mengenal ‘batang pancing’, mula-mula mungkin agak kekok, namun lama kelamaan ‘ia’ akan tetap bergelar ‘pemancing’. Sekali lagi orang kata ‘cinta itu buta’, ‘buta’ yang memberi maksud seperti tidak mengenal usia, paras rupa, miskin ataupun kaya. Pada pemancing pula ‘buta’ itu boleh diibaratkan kepada golongan pemancing yang terdiri dari semua peringkat termasuk umur, besar kecil, miskin kaya, di bandar mahupun di desa. Dalam pada itu paling ditakuti bila ‘nafsu mengatasi cinta’..kesan dan tempiasnya turut dirasai oleh pemancing. Keburukkannya ialah bila minat/hobi mengatasi segalanya seperti mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan Tuhan. Secara tidak langsung ia memberi kesan kurang baik kepada sukan memancing. Inilah yang diharapkan agar perkara-perkara begini diberi perhatian oleh para pemancing. Pada yang hangat bercinta tentu merasakan ‘cinta itu terlalu indah’, ini juga turut dikongsi oleh peminat memancing cuma bezanya tempat dan perasaan. Perkataan ‘indah’ pada kaki pancing ialah seperti keasyikkan melayan ikan yang mengena, hasil tangkapan yang baik-baik dan besar, tempat pancing yang mempunyai pandangan yang cantik dan mendapat ramai kenalan baru yang mempunyai minat yang sama. Sampai ketahap ini sudahkah anda dapat menjiwai persamaan yang ada pada orang ‘bercinta’ dengan aktiviti ‘memancing’. Seterusnya kita sembang pasal ‘cinta yang hancur’,’cinta yang tak pasti’ mahupun ‘cinta palsu’, pastinya ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua-dua pihak..cuma perbezaannya mungkin yang lebih parah pada insan yang bercinta gamaknya. Akibat yang ditanggung airmata menjadi teman mereka, hilang selera, ada yang mungkin menjadi pendendam cinta dan paling ditakuti ada yang mengambil jalan mudah dengan ‘membunuh diri’. Pada pengamatan tentang bab ini pemancing pula boleh diibaratkan seperti gagal mendapat hasil pancing yang baik, lubuk memancing dimusnahkan, hilang peralatan memancing serta beberapa perkara lain. Tidak banyak perbezaan disini..yang gagal bercinta akan memburu cinta baru dan si pemancing akan tetap memancing. Disini bukanlah saya memihak kepada pemancing (sikit-sikit aje), cuma kita sedia maklum…hati dan semangat pemancing amat tinggi seperti berhujan berpanas, meredah hutan dan lautan, bairpun hasil adakalanya tidak seberapa demi kepuasan diri tetap di gagahi jua. Kemuncak dalam percintaan ialah bila satu-satu ‘percintaan’ itu berakhir ke jinjang pelamin..tercapai segala impian. Maka kemuncak bagi pemancing pula apabila berjaya mencapai cita-cita mendapat hasil yang dicari-cari seperti Ikan Layaran dilaut, Kelah di sungai pergunungan termasuk kejayaan dalam pertandingan memancing. Kepuasan yang diperolehi semasa aktiviti ini akan dijadikan modal mahupun kenagan di hari tua. Dari sudut ini dapat di ungkaikan antara ‘cinta’ dan ‘pemancing’ bagikan dua perkara yang agak sinonin dan beriringan. ‘Cinta’ dan ‘Pemancing’ bagaikan ‘kudis’…semakin di garu semakin sedap..tapi akhirnya ia tetap meninggalkan kesan. Fahamilah "Cinta tidak pandai berdusta,tapi lidah insan yang bercinta yang selalu mendustai cinta"…"Mata kail tidak tahu berkata-kata,tapi mata hati pemancing yang selalu melebih-lebihkan cerita".So..apa pendapat anda pula?

     

  3. Memancing Mengajar Kita Erti Kesabaran?

Bunyi kata-kata diatas bagaikan kata-kata yang begitu ‘mengancam maut’ pada mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini. Pada pemancing ‘lama’ tentu sukar untuk menafikan atau mengiyakannya kerana hati berbelah bagi. Pastinya jawapan diberi 50/50 …erti kesabaran disini sebenarnya berhubung kait rapat dengan sikap manusia. Walau dimana kaki ini berpijak disitulah sikap semula jadi manusia akan terbawa-bawa. Baik atau buruk sikap manusia itu, nilaikan sendiri. Jom kita sembang-sembang sambil mengingkap kata-kata ‘maut’ diatas. Kata-kata ini juga kerap kita dengar mahupun baca di majalah,tv mahupun percakapan sesama rakan. Sebenarnya itu semua satu pembohongan.!! Pembohongan sebagai menutup kelemahan sikap pemancing yang sebenar. Dengan memancing dapat mengajar erti kesabaran?..ha..ha..ha..ha…sebenarnya hanya mampu dipratikalkan cuma semasa memancing saja..(ibarat berlakun), ..tapi sebaik menjejak kaki dirumah sikap manusia seperti seorang yang panas baran kembali ke asal. Jangan salah ibu mengandung..jika ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya..tapi manusia dalam aktiviti memancing boleh ke di lentur-lentur? Berbalik kepada sikap pemancing…sebaik-baik pemancing bila berada di padang pancing semua akan berubah. Selain dari semangat, ketekunan dapat dilihat berubah dengan serta merta. Ketekunan menunggu umpan diragut ikan atau udang inilah saat yang dikatakan ‘kesabaran’. Namun berapa lama pemancing itu boleh bersabar??…Kalau sejam..dua jam..umpan sedikit pun tidak terusik, bagaimanalah hati kecil pemancing tika itu? Paling tidak pun mereka akan mengeluh panjang. Itu belum diambil kira jika umpan diragut ikan-ikan kecik atau pun umpan hilang begitu saja. Yang pasti umpan tetap diganti..tapi apa akan jadi pada ‘ikan-ika kecil’ yang mengena itu..kalau tidak dilepaskan kembali, ada yang ‘terencat akal’ dengan menghempas atau mencampakkan ikan-ikan itu ke tanah sambil merelakan ikan-ikan itu mati begitu saja.(menunjukkan sikap marah) Inikah yang dikatakan erti sebuah ‘kesabaran’. Mungkin tidak semua sikap pemancing begitu…namun jangan lupa yang ‘tidak begitu’ boleh di hitung dengan jari saja. Ada beberapa perkataaan yang sering kita dengar dari mulut pemancing ini..antaranya..’mana ikan’, ‘sial..mengacau saja’,’boringnya..’, itu kata-kata yang dapat didengar, bagaimana dengan kata-kata didalam hati?..Penuh dengan sumpah seranah kot!! Paling ditakuti apabila hilang kesabaran dipadang pancing, anak bini di rumah dijadikan tempat melepas geram. Ya!..mungkin tidak semua gitu namun hakikatnya selamilah diri sendiri. Apakah anda seorang pemancing yang penyabar?..Jawab jangan tak jawab……